Rifa'ah at-Tahtawi
Rifa'ah at-Tahtawi

Rifa'ah at-Tahtawi

Rifa'ah Rafi' at-Tahtawi (Arab: رِفَاعَة رَافِع الطَّهطَاوِي‎, rumi: Rifā‘ah Rāfi‘ aṭ-Ṭahṭāwīcode: ar is deprecated , 15 Oktober 1801 – 27 Mei 1873) adalah seorang penulis, guru, dan juga intelek Mesir.[4]Beliau merupakan pengajar di Universiti al-Azhar sebelum dihantarkan gurunya Hasan Al-Attar ke Perancis pada 1826 di mana beliau didedahkan kepada banyak perkembangan ilmu hayat, sejarah dan siasah yang maujud oleh masyarakat sana. Beliau mengasaskan sekolah Madrastul-Alsun pada 1853 yang menjadi tempat menerjemahkan banyak buku ilmiah Barat termasuk peperangan, kaji bumi dan tawarikh Barat ke dalam bahasa Arab;[5] sekolah tersebut kemudiannya digabungkan menjadi sebahagian dari Universiti Ain Syams. Beliau dianggap antara tokoh utama dalam mencetuskan pencerahan dan kebangkitan ilmu moden dalam kalangan masyarakat dunia Arab bersama dengan Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Rasyid Ridha, Muhammad Iqbal, Muhammad Khatami dan Nurcholish Madjid[6] kerana peranannya mempermudahkan ilmu didapatkan masyarakat kebanyakan Mesir.[7] Gagasan pemikirannya adalah mendialogkan antara gagasan pemikiran barat yang saat itu dipengaruhi pemikiran modenisme dengan gagasan pemikiran Islam yang sering disebut sebagai Islah dilibatkan beberapa ulama seperti Muhammad Abduh.

Rujukan

WikiPedia: Rifa'ah at-Tahtawi https://www.rem.routledge.com/articles/al-tahtawi-... https://www.britannica.com/biography/Rifaah-Rafi-a... http://lib.ui.ac.id/file?file=digital/20273534-S43... https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/1... http://digilib.uinsby.ac.id/21592/ http://digilib.uinsby.ac.id/38224/2/Mukhibatul%20K... https://drive.google.com/file/d/1P1IZduHaa_EeybnZx... https://drive.google.com/file/d/1ORAe0hxa-_wzHk6nO... https://drive.google.com/file/d/1NPXQfH9f2iSwsIabm... https://drive.google.com/file/d/1NuykUBtdqrBPj7b6O...